|
KAKITANGAN JPS Pahang menggunakan pam untuk mengeringkan ‘banjir termenung’. FOTO Ihsan JPS
Kuantan: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang menggunakan lebih 10 unit pam yang digunakan untuk menyedut air yang bertakung berikutan kejadian banjir di negeri ini.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang, Ir Mohd Noor Bidin berkata, selain daerah ini, turut menerima kemudahan berkenaan adalah Pekan dan Temerloh.
Menurutnya, pihaknya terpaksa menggunakan pam bagi mengatasi 'banjir termenung' di beberapa kawasan di tiga daerah berkenaan hingga menimbulkan masalah pada penduduk setempat.
"Penggunaan pam dianggap berkesan bagi mengeringkan air yang tidak mengalirkan keluar di empat kampung di daerah ini dan masing-masing satu di Pekan dan Temerloh.
"Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) JPS kini sedang bertungkus lumus menyediakan pam untuk menyedut air di kawasan 'banjir termenung'. Sekiranya tidak disedut, ia menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk setempat," katanya, di sini semalam.
Beliau berkata, pihaknya mendapat bantuan tambahan pam daripada ibu pejabat JPS Malaysia bagi menampung keperluan semasa.
Menurutnya, jumlah penggunaan pam bergantung kepada keluasan kawasan air yang bertakung.
Katanya, sebagai contoh, sebanyak empat unit pam digunakan di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Pandan, di sini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|