CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 0

[Sarawak] Belum ada keperluan mendesak tubuh kementerian pengajian tinggi di Sarawak

[Copy link]
Post time 28-12-2021 08:55 PM | Show all posts |Read mode



KUCHING: Tiada keperluan untuk mewujudkan kementerian pengajian tinggi di Sarawak, yang dibimbangi akan menambahkan lagi karenah birokrasi antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid (gambar) berkata, tambahan sehingga kini universiti awam di Sarawak terdapat tiga sahaja iaitu Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Teknologi MARA dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

“Pada pandangan saya tidak perlu diwujudkan satu kementerian pengajian tinggi kerana di persekutuan sudah ada kementerian sendiri yang melihat kepada asas dasar tentang universiti awam, Akta berkaitan dan sebagainya.

“Namun bagi universiti swasta yang kebanyakannya adalah milik kerajaan negeri mungkin ada satu pendekatan bagi memudahkan pengurusannya di bawah kementerian sedia ada iaitu Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, hari ini.

Khairuddin berkata, di bawah Kementerian sedia ada berkenaan mungkin boleh diwujudkan satu jabatan khas yang menguruskan tentang pengajian tinggi atau diberi tanggungjawab kepada Yayasan Sarawak.

Katanya Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi mungkin boleh berfungsi sebagai penyelaras dasar kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam perkara berkaitan pengajian tinggi.

“Apa-apa usul yang kita boleh majukan di universiti di Sarawak akan disalurkan ke jabatan khas ini dan mereka akan menyalurkan ia kepada Kementerian Pengajian Tinggi di Kuala Lumpur. Dengan itu juga suara kita menerusi jabatan dibawah kementerian sedia ada di Sarawak akan dibawa ke Kuala Lumpur,” katanya.

Jelas beliau, kementerian baharu pengajian tinggi di Sarawak bukan keperluan mendesak memandangkan Unimas, UiTM dan UPM di bawah kementerian pengajian tinggi persekutuan sementara bagi universiti lain iaitu swasta adalah di bawah kerajaan negeri.

“Bagi universiti swasta, ia mempunyai tadbir urus berbeza kerana ia beroperasi di bawah satu lembaga pengarah dibawah satu syarikat yang memilikinya. Kita sekarang mempunyai autonomi kita sendiri iaitu beroperasi berpandukan Akta dan tadbir urus kita juga ada prosedur tersendiri dengan tanggungjawab di bawah lembaga pengarah,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.113875 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list