View: 559|Reply: 0
|
[Pahang]
Patin lemas dalam air berlumpur, penternak rugi RM300,000
[Copy link]
|
|
JERANTUT: Seorang penternak ikan dalam sangkar mendakwa kerugian kira-kira RM300,000 apabila 20,000 ikan patin yang sudah matang dan sedia untuk dipasarkan, mati secara mengejut sejak kawasan itu dimasuki air berlumpur ketika banjir surut.
Penternak Bahasirzal Abu Bakar, 43, yang menternak ikan patin sangkar dalam Sungai Pahang dekat Kampung Lada di sini, mendakwa punca kematian ikan terbabit masih menjadi tanda tanya kerana penternak lain di kawasan sama tidak menghadapi masalah itu.
Katanya, kejadian terbabit berlaku secara tiba-tiba sahaja selepas banjir mulai surut dan membabitkan sangkar diusahakan beliau sejak tiga hari lalu.
"Hari ini pun masih ada ikan yang mati. Sejak tiga hari lalu, ribuan ikan terapung dalam sangkar ini dan sudah saya buang bagi mengelak kehadiran biawak dan hingga kini, puncanya masih menjadi misteri apabila ada lagi yang timbul.
"Saya jangka kesemua ikan ini akan mati dan tidak tahu apa puncanya. Ketika banjir awal tahun ini, tidak ada kejadian seperti ini berlaku," katanya.
Bahasirzal mendakwa kerugian kira-kira RM300,000 kerana semua ikan terbabit sudah boleh dijual dan buntu untuk memperoleh modal pusingan bagi mengisi benih ikan baru.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku sejak banjir mulai surut dan sangkarnya dipenuhi air berlumpur, yang dipercayai menyebabkan ikannya tidak mampu bertahan dan lemas.
'Saya berharap Jabatan Perikanan dapat membantu mengkaji punca sebenar kejadian ini. Saya mempunyai 40 sangkar ikan patin dengan 20 sangkar dipenuhi dengan 20,000 ikan patin yang sudah matang dan boleh dijual, manakala 20 sangkar lagi dipenuhi 60,000 anak ikan patin yang sedang membesar," katanya.
Katanya, sepanjang tempoh menternak ikan patin sejak 20 tahun lalu, ini adalah kali pertama beliau menghadapi masalah seperti itu walaupun turut berdepan banjir besar awal tahun ini.
Sebahagian daripada ikan pati yang mati dalam sangkar diusahakan seorang penternak di Sungai Pahang dekat Kampung Lada, Jerantut. - NSTP/Roselan Ab Malek
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|