View: 713|Reply: 2
|
[Kelantan]
Lata Berangin dilanda kepala air
[Copy link]
|
|
KEJADIAN kepala air di Lata Berangin, Kuala Krai yang berlaku pagi tadi dan tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp. FOTO ihsan pembaca
Kota Bharu: Fenomena kepala air di Lata Berangin dekat Kuala Krai menyebabkan penempatan penduduk di kampung berdekatan dinaiki air, hari ini.
Rakaman video fenomena kepala air yang melanda penempatan penduduk itu tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi yang menunjukkan kejadian berlaku pada 10.32 pagi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Muhammad Rizwan Ar-rafee Parsimin berkata, kepala air berkenaan terjadi berikutan hujan lebat dan air dari sungai di daerah Gua Musang serta Terengganu yang turun ke lokasi itu.
Katanya, pertembungan itu menyebabkan keadaan air di lokasi itu sangat deras dan dikategorikan sebagai kejadian kepala air yang kecil berikutan tidak membawa kayu atau kayu balak bersama-samanya.
"Kejadian berkenaan menyebabkan beberapa kampung di lokasi itu iaitu perkampungan Lata Berangin dan Mengkebang dinaiki air.
"Setakat ini, penduduk di lokasi itu tidak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana kawasan mereka hanya berlaku banjir kecil sahaja.
"Namun, jika hujan berterusan kemungkinan kampung yang rendah akan dinaiki air. Kami sentiasa membuat pemantauan dan akan memindahkan mangsa dengan segera jika kediaman mereka dinaiki air," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau menasihatkan penduduk supaya bersiap sedia untuk berpindah dengan meletakkan dokumen penting dan barang berharga di tempat yang selamat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|