CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 0

[Terengganu] Bawa jenazah ibu mentua guna bot bomba

[Copy link]
Post time 2-1-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode

JENAZAH warga emas dibawa menggunakan bot bomba selepas jambatan utama di Kampung Seri Bayas ditenggelami air. FOTO ihsan Bomba

Permaisuri: Jenazah wanita warga emas terpaksa dibawa menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas jambatan utama di Kampung Seri Bayas, di sini, ditenggelami air sejak awal pagi tadi.

Menantu Allahyarham, Mohd Fadhli Yusof, 52, berkata ibu mentuanya, Sharifah Latef, 86, meninggal dunia kira-kira 11 malam semalam kerana sakit tua.

Menurutnya, dia kemudian terpaksa minta bantuan pihak bomba untuk membawa jenazah menggunakan bot ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang dari rumah berikutan jambatan tenggelam.

"Jika diikutkan jambatan sepanjang 30 meter itu masih boleh dilalui kenderaan untuk pergi ke Kampung Seri Bayas pada petang semalam.

"Jambatan itu kerap tenggelam setiap kali air sungai meningkat melebihi satu meter, malah tahun lalu lalu sahaja sudah empat kali jambatan itu tenggelam dan penduduk terpaksa menggunakan bot untuk keluar.

"Sudah banyak kali aduan dan permohonan dibuat untuk menaik taraf jambatan itu, tetapi masih belum ada sebarang perkembangan," katanya.

Katanya, jenazah ibu mentuanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang kira-kira 11.50 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd Razli Rapiae berkata, mereka menerima panggilan pada 10.15 pagi.

"Seorang pegawai dengan sembilan anggota bersama empat anggota Rela dan empat anggota polis membantu membawa jenazah ke tanah perkuburan berkenaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.574399 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list