View: 542|Reply: 2
|
[Kelantan]
JPJ iringi lori balak ke timbang berat elak pemandu lolos, bukan 'lindungi'
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video yang tular di media sosial. FOTO video tular di Facebook
Kota Bharu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyangkal dakwaan segelintir warganet yang mendakwa jabatan itu 'melindungi' lori balak yang ditahan dalam 'Ops Khas Lori Balak' di Gua Musang, semalam.
JPJ dalam kenyataannya hari ini berkata, video yang tular di media sosial Facebook itu menunjukkan tindakan pihaknya mengiringi lori balak yang ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, semalam.
Katanya, rakaman video itu menunjukkan kenderaan jabatan mengiringi lori ke lokasi yang diarahkan bagi tujuan timbang berat selain memastikan pemandunya tidak meloloskan diri.
Justeru, JPJ menyangkal persepsi negatif yang dibuat pemilik akaun Facebook yang seolah-olah menunjukkan JPJ memberi 'perlindungan' kepada lori balak berkenaan.
Menurut kenyataan itu, JPJ berjaya menahan 30 lori balak dalam ops itu dan bertindak melakukan pemeriksaan sebelum kesemua kenderaan berat berkenaan diarahkan untuk ditimbang di Stesen Penguatkuasa (SPK) Mentara, Gua Musang, dengan diiringi oleh kenderaan rasmi JPJ.
Selain itu, katanya, melalui operasi berkenaan, JPJ turut mengeluarkan 56 notis kesalahan membabitkan 23 notis mengikut Seksyen 82(1) Aka Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, dua notis mengikut Seksyen 224 APAD 2010 dan 31 notis bagi lain-lain kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
JPJ memaklumkan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan sekiranya didapati tuduhan itu menggugat kredibiliti dan imej JPJ dalam melaksanakan tugas sebagai badan penguat kuasa jalan raya demi kemaslahatan seluruh masyarakat di negara ini.
Semalam, tular di media sosial video berdurasi 44 saat yang menunjukkan anggota JPJ membuat sekatan di hadapan lampu isyarat bagi memberi laluan kepada lori balak tanpa penjelasan yang tepat daripada individu yang membuat naik video berkenaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
klu ye pun iring lori balak, perlu ke tutup laluan kenderaan lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|