CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 1

[Kelantan] Peniaga 'nasi paku' akur, beralih guna getah

[Copy link]
Post time 5-1-2022 05:12 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD Faizol menunjukkan bungkusan nasi yang menggunakan getah selepas penggunaan paku dihentikan. FOTO Bernama

Kota Bharu: Peniaga 'nasi paku' di bandar ini dilihat mula menukar kaedah pembungkusan apabila menggunakan getah bagi menggantikan logam itu.

Langkah itu diambil susulan peringatan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bahawa peniaga makanan menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpama yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah.

Pembantu kedai Nasi Sumatera Haji Ismail, Mohammad Faizol Ramli, 27, berkata, majikannya mula menghentikan penggunaan paku untuk pembungkusan nasi sejak Sabtu lalu dan menggantikan dengan getah selepas mendapat tahu mengenai arahan dikeluarkan oleh KKM.

Katanya, perkara itu tidak menjadi masalah baginya untuk akur dengan arahan berkenaan demi menjamin keselamatan pelanggan walaupun tradisi itu telah digunakan sejak lebih 10 tahun secara turun temurun.

"Sebaik mendapat tahu mengenai perkara ini, majikan saya iaitu Syahir Ismail, 29, terus menghentikan penggunaan paku bagi pembungkusan nasi dan menggantikan dengan getah.

"Selain untuk keselamatan pelanggan, ia juga secara tidak langsung dapat menjimatkan kos iaitu getah yang jauh lebih murah berbanding penggunaan paku berharga hampir RM80 sekotak, manakala getah hanya RM8 untuk sepeket," katanya ketika ditemui Bernama di kedai Nasi Sumatera Haji Ismail, di sini, hari ini.

Bercerita lanjut, Mohammad Faizol juga berpendapat pembungkusan nasi dengan menggunakan getah lebih senang berbanding paku, selain ia juga dapat mengurangkan risiko untuk tercucuk di jari.

"Setakat ini rata-rata pelanggan juga tidak mempersoalkan penggunaan getah kerana mereka sedia maklum dengan arahan KKM selain ia juga tidak menjejaskan apa-apa melainkan hanya sekadar trademark, " katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan Anisa Ahmad, 38, yang juga seorang doktor perubatan di hospital di sini berkata, penghentian penggunaan paku itu adalah sangat baik.

"Dengan menghentikan trend yang dikatakan popular sekitar Pantai Timur ini adalah satu langkah yang baik memandangkan ia mengundang bahaya buat orang ramai terutamanya kepada kanak-kanak

"Walaupun penggunaan paku di nasi ini dilihat sebagai tradisi, namun ia lebih baik sekiranya peniaga mengambil langkah berwaspada dengan tidak menggunakannya untuk mengelakkan kejadian tidak diingini lagi selepas ini susulan laporan dikeluarkan oleh KKM baru-baru ini," katanya.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mana-mana peniaga yang disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya mengikut Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, hukuman lebih berat boleh dikenakan sekiranya bahan tersebut ditemukan dalam makanan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 10:56 AM | Show all posts
penah makan nasi paku tapau kt restoren hover yg popular di kb.
selepas ini tak ada lah lg identiti unik mcm ni.
dah bertahun kot org2 kt sana guna paku.

pe bendalah kkm. benda mcm ni pun nk dakwa kt mahkamah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.052377 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list