
BAU: Dua lelaki diberkas disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah di Kampung Bidi Krokong, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata kedua-dua suspek berusia 25 dan 29 tahun, terdahulunya ditahan untuk pemeriksaan selepas dilihat mencurigakan di tepi jalan kampung tersebut sekitar jam 11.15 pagi.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku ada mengambil dadah.
"Mereka mulanya dilihat mencurigakan dan cuba menyembunyikan diri daripada diberkas polis.
"Dalam siasatan awal, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam pengambilan dadah yang diperolehi daripada rakan dan mereka juga mengaku ada menghisap dadah di tempat lain sebelum kehadiran polis," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Jelas beliau, jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM5,000 dan penjara sehingga dua tahun.
utusanborneo.com.my/2022/01/14 |