CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

[Sarawak] Tidak ambil ringan kekang jenayah di Sarawak walaupun terkawal

[Copy link]
Post time 24-1-2022 07:19 PM | Show all posts |Read mode


Aidi berucap pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak, di IPK Sarawak hari ini.

KUCHING: Masalah dan kegiatan jenayah yang berlaku di seluruh Sarawak masih di bawah nilai ambang dan terkawal, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Menurutnya, ia antara hasil kerjasama pasukan polis di Sarawak dalam usaha memerangi dan membanteras jenayah di negeri ini.

"Bagaimanapun kita tidak mengambil ringan akan pencapaian ini malah polis akan terus berusaha mengekang dan mengawal jenayah di Sarawak.

"Pencapaian ini tidak akan terhasil hanya dengan usaha kelompok kecil sahaja tetapi kejayaan berterusan memerlukan komitmen dan sokongan padu daripada semua peringkat," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini.

Hadir sama Timbalan DCP Mancha Ata, pegawai kanan polis dan ketua-ketua polis daerah.

Berhubung rekod kadar jenayah bagi tahun 2021, Aidi menjelaskan kadar jenayah kes indeks bagi kontinjen Sarawak menunjukkan penurunan sebanyak 26.28 peratus berbanding 2020.

"Bagi jenayah komersial, iamenunjukkan peningkatan sebanyak 92.61 peratus antara Januari hingga Disember 2021.

"Kerugian jenayah komersil bagi tempoh yang sama menunjukkan penurunan sebanyak 10.56 peratus," jelasnya.

Tambah Aidi, bagi jenayah narkotik pula, secara keseluruhan ia menunjukkan penurunan sebanyak 36 peratus berbanding 2020.

"Sementara itu, perbandingan nilai rampasan dadah tahun 2021 mencatat peningkatkan iaitu 30 peratus.

"Selain itu, kes indeks trafik melibatkan kemalangan jalan raya dalam tempoh Januari hingga Disember 2021 menunjukkan penurunan sebanyak 11.8 peratus berbanding 2020," jelasnya lagi.

Justeru, katanya melalui pencapaian prestasi setiap jabatan ini menyaksikan tren penurunan bagi semua kes indeks dan jenayah komersil yang berlaku di Sarawak.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Aidi turut menyampaikan sijil penghargaan kepada beberapa pegawai dan anggota yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.


utusanborneo.com.my/2022/01/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.044101 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list