CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 976|Reply: 4

RTM akan siar Piala Dunia 2022

[Copy link]
Post time 31-1-2022 08:43 PM | Show all posts |Read mode
RTM akan siar Piala Dunia 2022

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengesahkan akan mengadakan rundingan untuk mendapatkan hak penyiaran perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 yang diadakan di Qatar, November depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata RTM akan mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi ejen yang dilantik badan itu.

Jelasnya, hasil rundingan itu dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat, dan memberi jaminan RTM akan menjadi antara pihak yang menyiarkan Piala Dunia 2022.

"Secara prinsip kita sudah bersetuju untuk RTM membuat rundingan dengan ejen yang dilantik oleh FIFA bagi siaran Piala Dunia 2022. Insya-Allah kita perlu sedikit masa lagi untuk memuktamadkannya, tetapi sudah pasti RTM akan menjadi satu daripada saluran yang akan menyiarkan Piala Dunia 2022.

"Hasil rundingan akan diketahui dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Kerjasama Tajaan Antara Jakel dan RTM di Wisma Jakel di sini, hari ini.

RTM mula menyiarkan perlawanan Piala Dunia secara percuma kepada jutaan peminat bola sepak di Malaysia sejak 1974 (kecuali pada 1986), dan tradisi selama hampir 50 tahun itu akan diteruskan tahun ini.

Pada edisi Piala Dunia 2018, RTM mendapat hak penyiaran bagi 41 daripada 64 perlawan bola sepak antarabangsa itu dengan 27 daripadanya ditayang secara langsung, membabitkan kos keseluruhan sekitar RM30 juta.


Annuar (dua dari kanan) berbual dengan pembaca berita yang memperagakan pakaian Tajaan Jakel Malaysia di Majlis Kerjasama Tajaan Kumpulan Syarikat Jakel dan RTM di Wisma JAKEL Kuala Lumpur. Turut sama Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Feroz Mohamed Jakel (kanan) dan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Che Roslan Che Daud (tiga dari kanan). - Foto NSTP/Fariz Iswadi Ismail

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ar-piala-dunia-2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 10:12 PM | Show all posts
nie aku sokong.............
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 08:55 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 31-1-2022 10:12 PM
nie aku sokong.............

Lagi best kalau guna penaja rasmi bersama Omega Plus, Quaker Oat dan Anlene untuk semua perlawanan Piala Dunia secara langsung sebab jenama rokok dah tak boleh taja lagi..

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 06:42 AM | Show all posts
tak sabar tengok neymar beraksi kat Wc
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:46 AM | Show all posts
bellaa replied at 10-2-2022 06:42 AM
tak sabar tengok neymar beraksi kat Wc

Lama lagi tu Piala Dunia (WC) sebab WC kali ini lewat tahun ini, bukannya pertengahan tahun. Bagus juga kalau RTM atau mana-mana syarikat penyiaran percuma siar semua perlawanan WC secara langsung..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 1.376921 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list