CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 919|Reply: 0

Jenama CR7 dah tak laku?

[Copy link]
Post time 5-2-2022 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Jenama CR7 dah tak laku?


RAK kedai CR7 di Madeira sudah dikosongkan. FOTO Instagram @elma_oficial

London: Kakak Cristiano Ronaldo, Elma Aveiro mengumumkan penutupan kedai pakaian CR7 miliknya di Madeira.

Ibu seorang anak itu mengakui ia keputusan sukar selepas mengendalikan kedai yang mengambil sempena nama bintang Manchester United itu selama 15 tahun.

Elma seorang daripada tiga adik beradik Ronaldo menegaskan dia terpaksa menutup kedai itu dengan alasan jadual harian yang sibuk.

Tetapi ia bukan kali pertama kedai Ronaldo dan keluarganya ditutup sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2021 mereka menamatkan operasi restoran di Madeira dan kedai pakaian CR7 di Vilamoura mengalami nasib sama pada 2020 akibat kelembapan jualan sekali gus

hanya kedai CR7 di Madeira yang masih terselamat.


RONALDO bersama kakaknya Elma. FOTO Instagram @elma_oficial

Ronaldo, 36, mempunyai satu lagi kedai di Lisbon Park yang telah ditutup beberapa tahun lalu.

Laporan ketika itu menyatakan kebanyakan pengunjung hanya singgah melihat barangan di dalamnya tanpa membeli sebarang pakaian di kedai terbabit.

Kakak Cristiano mengumumkan dia turut menutup jualan di media sosial bersama video yang menunjukkan kedai CR7 yang kosong di Funchal.

Katanya di Instagram: "Projek besar sedang berjalan, banyak masa, tenaga dan famili tersayang dilaburkan.

"Oleh kerana tidak cukup masa untuk semuanya, saya buat keputusan menutupnya selepas 15 tahun. Bukan keputusan mudah kerana di sini tempat saya bermula bersama memori yang kekal dalam ingatan saya."

Walaupun kedai di Madeira menamatkan operasinya, jualan dalam talian jenama pakaian CR7 dan aksesori tetap berjalan seperti biasa.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ma-cr7-dah-tak-laku

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060815 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list