View: 499|Reply: 0
|
Kebakaran akibat letupan silinder gas, bukan serangan dron
[Copy link]
|
|
DUBAI: Pasukan pertahanan awam di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) memaklumkan mereka memadamkan kebakaran awal pagi tadi, yang berpunca letupan silinder gas.
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pula mengeluarkan amaran kebakaran itu kemungkinan serangan peluru berpandu atau dron.
UAE beberapa minggu lalu berdepan serangan daripada gerakan Houthi di Yaman.
Bagaimanapun, tidak jelas jika laporan yang dipetik kedutaan itu ada kaitan dengan kebakaran.
Pihak berkuasa UAE tidak memberi maklum balas segera untuk mengulas perkara itu, begitu juga pejabat Kedutaan AS juga gagal dihubungi.
Media kelolaan gerakan Houthi juga tidak mengaku melakukan serangan terbaru itu.
Menurut pertahanan awam Abu Dhabi, pihaknya menerima satu laporan kebakaran pada jam 12.09 pagi, berpunca letupan silinder gas di dalam sebuah bangunan terletak di kawasan pusat perumahan. Tiada kematian berlaku.
"Pasukan khas memadamkan kebakaran, mengosongkan bangunan sebagai langkah berjaga-jaga dan mengawal keadaan," kata pihak berkuasa pertahanan awam dalam satu kenyataan disiarkan media negara itu.
Gerakan Houthi yang berperang dengan pakatan diketuai Arab Saudi termasuk UAE mendakwa, tiga serangan ke atas UAE termasuk satu ke atas depoh bahan api di Abu Dhabi yang membunuh tiga orang pada 17 Januari lalu dan dua dipatahkan.
Serangan keempat membabitkan dron tetapi berjaya dipintas pasukan pertahanan UAE.
AS dan Perancis berkata, mereka akan membantu meningkatkan keupayaan pertahanan UAE, selaku negara sekutu Barat dan terkenal sebagai hab komersial serta pelancongan di rantau itu. - REUTERS
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|