CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 544|Reply: 0

Elon Musk yakin SpaceX baharu akan sampai ke orbit bumi tahun ini

[Copy link]
Post time 12-2-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode

Prototaip kapal angkasa SpaceX SN15 dilihat semasa ia berada di atas kapal pengangkut selepas kejayaan pelancaran dan pendaratan pertama dari kemudahan kapal angkasa syarikat itu, di Boca Chica, Texas, Amerika Syarikat pada 6 Mei 2021. - Foto REUTERS

AMERIKA SYARIKAT: Pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk, semalam berkata beliau sangat yakin dengan kapal angkasa SpaceX baharu yang direka untuk pengembaraan ke bulan dan Marikh akan sampai ke orbit bumi buat kali pertama tahun ini, meskipun berdepan pelbagai cabaran teknikal dan peraturan yang masih belum dapat diatasi.

Jutawan teknologi itu berkata demikian ketika bercakap kepada sekumpulan media dan penyokong di kemudahan 'Starbase' milik syarikatnya di Boca Chica, Texas pada sesi pembentangan yang menggabungkan himpunan peralatan berteknologi tinggi dengan skrin video besar dan sesi soal jawab.

Ia berlaku sembilan bulan selepas usaha syarikat angkasa swasta yang berpangkalan di California itu mencapai kejayaan pertama pelancaran dan pendaratan roket prototaip Starship dalam ujian penerbangan selepas empat percubaan pendaratan sebelum berakhir dengan letupan.

Musk mengakui kesukaran yang dihadapi SpaceX dalam membangunkan enjin Raptor 2 untuk dipasang pada roket Super Heavy, pelancar generasi seterusnya yang boleh diguna semula, yang direka untuk membawa kapal angkasa Starship ke orbit. Beliau merujuk masalah lebur di dalam ruang enjin akibat haba yang kuat.

Namun Musk berkata, pihaknya semakin hampir untuk menyelesaikan masalah itu dan menjangkakan untuk meningkatkan pengeluaran kepada kira-kira tujuh atau lapan enjin seminggu menjelang bulan depan.

Ia termasuk menghasilkan Starship baharu dan pelancar setiap bulan menjelang akhir tahun.

"Saya rasa sangat yakin pada ketika ini bahawa kita akan dapat mengorbit (dengan Starship) tahun ini," kata Musk yang turut menerajui pembuatan kereta elektrik Tesla.

Jangka masa yang ditetapkan itu menandakan pencapai yang bercita-cita tinggi meskipun untuk ujian penerbangan orbital tanpa penumpang membabitkan Super Heavy dan kombinasi Starship.

Sebagai langkah ke hadapan, SpaceX yang kini sedang mengusahakan Falcon 9, Musk berkata, ia sudahpun berjaya melakukan 144 penerbangan dan 106 pendaratan.

Masa depan kemudahan ujian penerbangan dan pengeluaran di Boca Chica berhampiran tenggara Pantai Teluk Texas kini bergantung kepada penilaian alam sekitar (EIS) membabitkan tapak yang sedang dijalankan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

FAA dijangka membuat keputusan dalam beberapa minggu lagi sama ada pembinaan yang dirancang di kawasan itu menimbulkan kesan alam sekitar ketara termasuk kawasan rizab hidupan liar berhampiran.

Ia perlu menjalani kajian yang lebih meluas sebelum memperluaskan operasi di Boca Chica sehingga ia boleh diberi lesen.

Kenyataan mengenai impak alam sekitar atau semakan EIS boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan dan selalunya tertakluk kepada perundangan. - REUTERS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.265386 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list