CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Sarawak] Wanita rugi RM4,530 ditipu sindiket 'Love Scam'

[Copy link]
Post time 13-2-2022 11:16 AM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Akibat terpedaya dengan kata-kata manis dan tawaran wang tunai yang sebenarnya tidak wujud, seorang wanita di sini mengalami kerugian RM4,530 susulan ditipu sindiket 'Love Scam' dalam kejadian pada 24 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili (gambar) berkata, wanita berumur 22 tahun itu membuat laporan polis hari ini mengenai kejadian itu.

Menurutnya, pada 24 Januari lalu ketika melayari laman sosial Instagram, mangsa menerima pelawaan menjadi rakan daripada suspek yang mendakwa berasal dari United Kingdom (UK) sekali gus menyatakan hasrat untuk berkenalan.

"Suspek memperdaya mangsa dengan kata-kata manis serta memaklumkan telah menghantar hadiah kepada mangsa tetapi mangsa menolak menerimanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Begitupun, suspek kemudian menawarkan untuk menghantar wang tunai berjumlah AS$30,000 kepada mangsa untuk menghargai hubungan mereka.

Zulkipli berkata, pada 27 Januari 2022 hingga 4 Februari 2022, mangsa dihubungi seseorang yang tidak dikenali yang memperkenalkan dirinya dari sebuah bank tempatan dan memaklumkan mangsa supaya membuat bayaran pelepasan wang masuk ke dalam akaun banknya.

"Mangsa tanpa berfikir panjang melakukan enam kali pemindahan wang ke dalam tiga akaun bank berbeza untuk melancarkan proses penghantaran tersebut dan proses pemulangan wang mangsa kembali," katanya.

Setelah semua bayaran dibuat katanya, mangsa masih diminta membuat bayaran seterusnya namun mangsa menyatakan tidak mempunyai wang lagi sehingga menyedari beliau ditipu.

Justeru, polis Bintulu mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan perkenalan atau percintaan di alam maya terutama mereka yang berjanji memberi hadiah, bungkusan dan wang tunai dari luar negara.

"Kita juga menasihati orang ramai membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkenaan (yang disahkan) sebelum membuat sebarang pembayaran atau transaksi dalam talian," jelasnya.


utusanborneo.com.my/2022/02/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.119655 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list