CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari nasihat rakyat dapatkan dos penggalak

[Copy link]
Post time 13-2-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari menandatangani buku lawatan semasa lawatan beliau di PPV berkenaan. -Foto PENERANGAN

KUCHING: Rakyat di negeri ini yang masih belum menerima vaksin dos penggalak COVID-19 dinasihatkan untuk mendapatkan dos berkenaan ketika negara berdepan gelombang varian baharu COVID-19 iaitu Omicron.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, mengikut kajian, walaupun varian baharu itu tidak mencabar namun, salah satu usaha menurunkan jumlah jangkitan ialah mempunyai antibodi yang kuat menerusi suntikan vaksin COVID-19.

"Kalau boleh kita juga mahu menurunkan jumlah jangkitan COVID-19 di Sarawak supaya ia tidak jejaskan cara hidup kita dan salah satu cara ialah dengan mendapatkan vaksin berkenaan.

"Justeru, bagi yang belum menerima vaksin khasnya bagi dos penggalak, saya nasihatkan untuk dapatkan dos tersebut supaya cara hidup kita kembali seperti biasa. Saya sudah menerima dos penggalak," katanya semasa sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan Kota Sentosa, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar), Datu Ik Pahon Joyik Penghulu Kota Sentosa, Lai Boon Kee dan Pakar Perubatan Keluarga, Dr Jennett Michael.

Katanya, orang ramai di seluruh negeri ini dinasihatkan untuk sentiasa memberi kerjasama dalam usaha kerajaan menurunkan jumlah jangkitan COVID-19 di negeri ini.

Menurut Abang Johari, setakat ini Sarawak berjaya memberi vaksin COVID-19 kepada 1,876,435 individu bersamaan 91.9 peratus bagi populasi berumur 18 tahun ke atas.

"Selain itu, bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 260,028 individu iaitu 88.7 peratus telah disuntik.

"Manakala, peratus liputan dos penggalak dalam kalangan yang layak untuk menerima dos berkenaan setakat ini ialah 84.5 peratus," katanya.

Jelasnya, jumlah berkenaan menunjukkan rakyat Sarawak memberi maklum balas yang menggalakkan dalam usaha kerajaan menjaga keselamatan rakyat daripada jangkitan COVID-19.

Katanya lagi, Kerajaan Sarawak selain Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan Pusat sentiasa memberi bantuan untuk meneruskan usaha menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini.

"Alhamdulillah hasil usaha dan kerjasama daripada rakyat, kita masih lagi dalam julat rendah (low range) jangkitan COVID-19, di mana hari ini terdapat 186 kes baharu direkodkan dan ada penurunan.

"Sekiranya kita ada kerjasama jangkitan ini akan terus menurun dan Kerajaan Sarawak setakat ini telah lakukan yang terbaik dalam program imunisasi di seluruh Sarawak," ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/02/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.034904 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list