CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Sarawak] Muzium Budaya Borneo bakal dibuka Mac depan

[Copy link]
Post time 14-2-2022 02:03 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Orang ramai berpeluang berkunjung ke Muzium Budaya Borneo di sini, apabila ia dibuka pada 4 Mac depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perasmian pembukaan muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara itu akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Sidang media berhubung perasmian ini akan diadakan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti,” katanya.

Terdahulu, pihak muzium juga telah berkongsi beberapa imej paparannya di dalam muzium dan memaklumkan muzium itu bakal dibuka kepada orang awam pada Mac depan.

Muzium bertaraf dunia yang direka dan dilengkapi dengan kemudahan abad ke-21 itu mempunyai ruang pameran interaktif berkeluasan 6,000 meter persegi, untuk mempamerkan kekayaan warisan budaya negeri kepada dunia.

Artifak dan spesimen unik akan menjadi sebahagian daripada pameran yang bersedia untuk membawa pengunjung ke dalam perjalanan interaktif yang mempamerkan sejarah dan kehidupan masyarakat Sarawak.

Bangunan berkeluasan 30,000 meter persegi ini diperakui Indeks Bangunan Hijau (GBI), bakal menjadi tarikan kepada pengunjung domestik dan antarabangsa.

Bangunan setinggi lima tingkat itu menempatkan kafeteria, galeri kanak-kanak dan kawasan pameran.

Muzium bertaraf dunia itu dibina dengan kos RM308 juta pada 2015 dan siap 2019, namun pembukaan ditangguh ekoran pandemik Covid-19.



sarawakvoice.com/2022/02/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.461878 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list