CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Sarawak] Derma darah perlu diteruskan

[Copy link]
Post time 14-2-2022 02:07 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Masyarakat di Miri digalakkan untuk terus menderma darah dan aktiviti ini tidak boleh dihentikan.

Naib Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ini adalah untuk memastikan bekalan darah di Hospital Miri mencukupi.

“Hospital Miri tidak boleh kurang darah kerana darah ini adalah untuk menyelamatkan nyawa seseorang.

“Sekiranya hospital itu kurang darah dan kalau ada pembedahan dan ada pesakit memerlukan darah dan sekiranya darah itu tidak cukup ini akan menjejaskan nyawa seseorang,” katanya semasa ditemui selepas menghadiri Kempen Derma Darah sempena Hari Valentine pada Ahad.

Ini merupakan kali ke 183 aktiviti derma darah diadakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak tahun 2020 dan berjaya mengumpul 7,793 pain darah untuk tabung darah Hospital Umum Miri.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menggalakkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kerap menganjurkan program derma darah bagi membantu meningkatkan bekalan simpanan darah di Hospital Miri.

Selain Hospital Miri, darah yang didermakan ini juga diagihkan ke kawasan luar bandar seperti Marudi dan bahagian Limbang dan Lawas.

Hadir sama Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengambilan Penderma Darah PBSM Miri Karambir Singh.


sarawakvoice.com/2022/02/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.078586 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list