
SIBU: Mengimbas MySejahtera masih lagi diwajibkan ketika SOP penggunaan pengimbas suhu badan sudah dimansuhkan 11 Februari lalu.
JPBNS bersetuju mengikut Putrajaya berkaitan keputusan tersebut.
Bagaimanapun, premis perniagaan masih boleh mengekalkan penggunaannya sebagai langkah berterusan memerangi Covid-19.
Menurut Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang Ming Tee yang juga Adun Pelawan, pihaknya menggalakkan penggunaan pengimbas suhu berkenaan tersebut walaupun tidak wajib.
Ini kerana ia merupakan amalan baik dan menjadi kelaziman baharu untuk mengetahui tahap suhu badan seseroang.
Setakat ini, tiada larangan ke atas premis yang masih mahu mengekalkan penggunaan pengimbas suhu walaupun sudah dimansuhkan.
sarawakvoice.com/2022/02/14 |