CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 14/02/2022

[Copy link]
Post time 14-2-2022 06:48 PM | Show all posts |Read mode




COVID-19: 99 peratus kes baharu di Sarawak kategori 1 dan 2

KUCHING: Sarawak merekodkan 206 kes positif baharu COVID-19 hari ini menjadikan kes kumulatif di negeri ini meningkat kepada 254,433 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada jumlah itu, 110 kes kategori satu (tiada gejala), 95 kes kategori dua (gejala ringan) dan satu kes kategori tiga (jangkitan paru-paru).

Jawatankuasa turut mendedahkan Miri merekodkan kes harian tertinggi iaitu 66 kes diikuti Kuching (64) dan Sibu (36), Kapit (21), Meradong (6), Bintulu (4), Samarahan (2) Kanowit (2) manakala Sarikei, Serian, Sri Aman, Asajaya dan Beluru masing-masing satu kes.

Menurut JPBNS, dua kluster masih aktif dan tiada kematian direkodkan hari ini.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan 15 notis kompaun kesemuanya di Kuching atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Katanya 15 notis kompaun berkenaan semuanya atas kesalahan gagal mengimbas kod QR MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis.

Dengan notis kompaun itu, polis hingga kini telah mengeluarkan 13,268 notis kompaun secara keseluruhan.


utusanborneo.com.my/2022/02/14
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2022 06:49 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.476907 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list