CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 0

[Sarawak] Pindaan nama Ketua Menteri sebagai 'Premier' membezakan status Sarawak

[Copy link]
Post time 14-2-2022 06:56 PM | Show all posts |Read mode



SIBU: Pindaan perlembagaan menamakan semula jawatan Ketua Menteri Sarawak sebagai 'Premier' dicadangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu ini adalah membezakan status Sarawak dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Ahli Dewan Negara (Senator) Robert Lau berkata, ini adalah langkah dialu-alukan walaupun tidak memberi sebarang kesan fizikal namun kesannya lebih halus.

"Ini terletak pada status ketua cabang eksekutif di Sarawak dipanggil sebagai Perdana dan bukannya seperti semua ketua cabang eksekutif di 11 negeri di Tanah Melayu.

"Sebab asas menambah nama kepada jawatan ini, saya percaya adalah membezakan status berbeza antara Sarawak dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu," katanya.

Lau memberitahu demikian ketika ditanya reaksinya terhadap pindaan perlembagaan mahu menamakan semula jawatan Ketua Menteri Sarawak sebagai Premier yang akan dicadangkan pada Persidangan DUN minggu ini.

Menurut salinan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 melibatkan pindaan Perkara 6(3) Perlembagaan antara lain menggantikan perkataan 'Ketua Menteri' dengan perkataan 'Premier'.

Turut dicadangkan pindaan kepada Perkara 44 Perlembagaan Negeri mengenai tafsiran 'Premier’ bermaksud Ketua Menteri dilantik di bawah Perkara 6(3) Perlembagaan dan apa-apa sebutan mengenai Ketua Menteri dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah kemudian merujuk kepada 'Premier’.

Mengenai perkara ini, Lau berkata: Cadangan pindaan kepada perlembagaan Sarawak di bawah Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 bagi memberi nama kepada jawatan Ketua Menteri di bawah perkara 6(3) Perlembagaan Sarawak. Ini tidak menukar nama ketua (majlis) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang merupakan Ketua Menteri Sarawak.

"Bacaan teliti cadangan menunjukkan perubahan itu adalah daripada sebagai Ketua Menteri kepada Ketua Menteri yang akan dipanggil Premier. Jawatan Ketua Menteri kekal kecuali beliau kini dipanggil 'Premier'.

Beliau menegaskan tidak ada salahnya berbuat demikian, sambil menambah adalah satu perkara baik menegaskan dan menyerlahkan perbezaan antara Sarawak dan negeri-negeri di Tanah Melayu.

Sementara itu, dilaporkan RUU itu juga mencadangkan pindaan kepada Perkara 7A Perlembagaan Negeri untuk menukar jawatan Menteri Muda kepada Timbalan Menteri.
Jika diluluskan, 26 Menteri Muda di Sarawak kini menjadi Timbalan Menteri.

Menurut Rang Undang-undang itu, Ordinan itu setelah diluluskan berkuat kuasa pada tarikh ditetapkan oleh Yang di-Pertua Negeri melalui pemberitahuan dalam warta.


utusanborneo.com.my/2022/02/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.040366 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list