
BAU: Lima individu disyaki ejen judi dalam talian ditangkap dalam serbuan berasingan di beberapa premis kedai sekitar Jalan Jambusan dan Pekan Bau, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintenden Poge Nyaon berkata serbuan dijalankan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menerusi Op Dadu sekitar jam 1.45 petang sehingga 3.57 petang.
“Suspek yang ditahan terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua perempuan berumur lingkungan 18 hingga 56 tahun.
“Pasukan operasi turut merampas empat unit telefon bimbit pelbagai jenama, seunit mesin EPay, dua keratan kertas slip EPay dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Poge berkata, kelima-lima suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Katanya, kes disiasat di bawah Selsyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
sarawakvoice.com/2022/02/14
|