CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

[Sarawak] Tiong mahu royalti minyak dinaikkan kepada 10 peratus

[Copy link]
Post time 15-2-2022 06:46 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Dudong) meminta kerajaan negeri mempertimbang untuk meningkatkan kadar royalti minyak daripada lima kepada 10 peratus seperti diperuntuk di bawah Bahagian V Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya kerajaan negeri juga mesti mendapatkan peningkatan jumlah Geran Khas kepada Sarawak di bawah Bahagian IV, Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata hasil tambahan itu penting untuk pembangunan infrastruktur Sarawak.

“Sekarang Sarawak akan kongsi sama rata dalam Persekutuan Malaysia, saya menggesa kerajaan negeri menuntut desentalisasi kuasa autonomi ‘sebenar’ daripada kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan kewarganegaraan bagi kanak-kanak tanpa status kerakyatan, pendidikan, keselamatan dan kawalan sempadan, imigresen dan kesihatan awam.

“Bagi aspek geografi, Sarawak mesti tidak disekat kuasa autonominya yang menjejaskan kewarganegaraan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan keselamatan di bawah Senarai Persekutuan dan hak mesti diberikan kepada negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2022 bagi menggantikan terma Ketua Menteri kepada ‘Premier’ dan Menteri Muda kepada Timbalan Menteri di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Ini merupakan ucapan atau perbahasan pertama Tiong sebagai ADUN selepas memenangi kerusi Dudong pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Disember tahun lalu.
Beliau merupakan Ahli Parlimen Bintulu sejak 1999.

Menurut Tiong lagi Sarawak juga harus mengkaji semula peruntukan kerusi sedia ada dalam Parlimen berikutan pertambahan penduduk dan pembangunan pesat negeri ini.

“Jelas sekali, Sarawak negeri yang unik kerana satu konstituensi boleh seluas sebuah negeri. Oleh itu, dengan autonomi lebih baik, kita juga harus melakukan perubahan paling berkesan untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Justeru, inilah masanya Sarawak melakukan pindaan berkaitan Perlembagaan Negeri berikutan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang telah berkuat kuasa, tambahnya.

“Saya berharap, pindaan-pindaan yang akan dilakukan nanti akan memberi manfaat yang kukuh serta holistik bagi masa depan jangka panjang Sarawak. Janganlah ia dilakukan secara semberono kerana ia hanya akan mendatangkan kerugian kepada Sarawak.

“Biar rakyat mendapat manfaat sebenar daripada pindaan Perlembagaan Persekutuan ini.

“Oleh itu, saya mencadangkan agar autonomi diberikan kepada negeri-negeri Borneo selaras semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam penerokaan petroleum, pendidikan, penjagaan kesihatan serta cukai dan levi yang akan diberikan kepada Sarawak,” ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/02/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.143208 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list