CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Pahang] Peniaga rugi RM343,203 ditipu skim pelaburan

[Copy link]
Post time 26-2-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Peniaga kedai makan menanggung kerugian RM343,203 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham yang dijanjikan keuntungan sehingga 50 peratus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, tahun lalu mangsa berhubung melalui WhatsApp dengan individu dikenali sebagai Aqma bagi mengetahui tentang skim pelaburan saham ditawarkan.

Menurutnya, mangsa tidak mengenali Aqma begitu rapat tetapi sering melihat suspek sebelum ini di Temerloh dengan penampilan yang menarik dan berkereta mewah.

Katanya, mangsa dijanjikan keuntungan 50 peratus daripada modal dan suspek memberi jaminan akan bertanggungjawab ke atas kerugian dialami pelabur.

"Sebagai percubaan pertama mangsa membuka 176 akaun dengan modal sebanyak RM72,688 dan dalam tempoh 15 hari, keuntungan akan dibayar sebanyak tiga pusingan.

"Mangsa menambah 655 akaun secara berperingkat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 831 akaun dengan modal RM343,203, bukti pembayaran dan juga slip bank mangsa dihantar melalui WhatsApp," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, selepas beberapa minggu mangsa menerima sejumlah wang seperti dijanjikan namun selepas itu suspek mula melambatkan pembayaran dan tidak mengikut perjanjian asal.

Mohd Wazir berkata, sejak beberapa bulan lalu peniaga terbabit tidak lagi menerima keuntungan dijanjikan sebelum suspek mendakwa enggan membayar semula modal mangsa kerana turut mengalami kerugian.

Katanya, menyedari ditipu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.240206 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list