CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

[Terengganu] Hampir 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian

[Copy link]
Post time 27-2-2022 04:04 PM | Show all posts |Read mode

PULAU Perhentian. FOTO Arkib NSTP

Kuala Besut: Seramai 385 pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lalu ekoran cuaca buruk.

Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata keadaan laut bergelora dan angin kencang menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan.

"Pelancong-pelancong tersebut menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian. Mereka terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar Terengganu. Alhamdulillah keadaan mereka semuanya selamat dan baik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata sekiranya mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia, pelancong terbabit berkemungkinan besar akan dibawa pulang esok memandangkan cuaca di Pulau Perhentian beransur baik hari ini.

"Kita amat bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau keadaan kekal begini, kemungkinan besar esok mereka boleh pulang sekiranya Jabatan Laut Malaysia memberi lampu hijau.

"Jika keadaan memaksa, mungkin kita akan minta kapal-kapal besar daripada maritim (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) ataupun daripada polis marin untuk membawa pelancong keluar dari pulau ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.914419 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list