CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

[Terengganu] Kes balak hanyut di Tasik Kenyir timbul persoalan

[Copy link]
Post time 1-3-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Berang: Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri digesa melakukan siasatan berhubung kejadian ratusan kayu balak hanyut di Tasik Kenyir sejak semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, Datuk Rozi Mamat berkata, beberapa kawasan di daerah Hulu Terengganu terutama di Tasik Kenyir bukan dalam zon pembalakan.

Bagaimanapun, katanya, ratusan batang dan sisa balak dihanyutkan arus di beberapa kawasan sekitar Tasik Kenyir.

"Jabatan Perhutanan negeri, kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa melakukan siasatan untuk memastikan punca berlakunya balak hanyut.

"Pokok balak dikatakan tumbang dan dihanyutkan arus sehingga menyebabkan berlaku runtuhan tebing di beberapa lokasi di Tasik Kenyir," katanya.

Rozi yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu berkata demikian selepas menyampaikan bantuan air bersih dan bakul makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Tadok, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera dan Naib Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam.

Rozi berkata, kes balak hanyut bukannya isu politik, tetapi Jabatan Perhutanan Negeri dan kerajaan negeri serta TNB perlu menyiasat serta menjelaskan kepada rakyat berhubung apa yang berlaku.

"Beberapa kawasan di Hulu Terengganu termasuk di Tasik Kenyir bukannya zon pembalakan, tetapi agak menghairankan apabila ratusan batang dan sisa balak tiba-tiba timbul di permukaan air akibat dihanyutkan arus," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.042213 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list