CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 551|Reply: 0

[Terengganu] 7 daerah di Terengganu masih terjejas

[Copy link]
Post time 2-3-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode

Tujuh daerah di Terengganu masih terjejas akibat banjir gelombang kelima apabila seramai 17,384 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara. - Foto NSTP

KUALA TERENGGANU: Tujuh daerah di Terengganu masih terjejas akibat banjir gelombang kelima apabila seramai 17,384 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Semua mangsa daripada 4,549 keluarga itu ditempatkan 86 PPS seluruh Terengganu, kecuali daerah Marang yang pulih daripada banjir, petang semalam.

Jumlah itu meningkat berbanding petang semalam yang merekodkan seramai 16,078 mangsa daripada 4,127 mangsa di 98 PPS petang semalam.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa yang paling terjejas akibat bencana itu.


Seramai 9,245 mangsa daripada 2,358 mangsa berada 27 PPS berbanding petang semalam yang merekodkan seramai 8,408 mangsa daripada 2,114 keluarga di 27 PPS.

Di Hulu Terengganu, mangsa banjir turut meningkat kepada seramai 3,835 orang membabitkan 969 keluarga dipindahkan ke 19 PPS.

Sebanyak 823 keluarga membabitkan seramai 2,795 mangsa berada di 24 di Dungun yang menjadi daerah ketiga tertinggi mencatatkan mangsa teramai.

Seramai 502 mangsa ditempatkan di lima PPS di Kuala Nerus manakalaempat PPS masih diaktifkan bagi menempatkan 490 mangsa di di Kuala Terengganu.

Di Besut, seramai 355 mangsa daripada 89 keluarga berada di empat PPS.

Setiu merekodkan jumlah mangsa terendah dengan 42 keluarga membabitkan 152 mangsa berada di tiga PPS.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.202823 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list