CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 0

[Pahang] Ditipu RM47,125 tergoda komisen tinggi

[Copy link]
Post time 3-3-2022 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Seorang wanita berputih mata selepas wang simpanan sebanyak RM47,125 lesap akibat terjerat dengan tawaran pekerjaan palsu yang menjanjikan pulangan lumayan.

Mangsa berusia 24 tahun yang tidak bekerja itu berminat untuk mendapatkan pekerjaan berkenaan selepas melihat iklan di dalam laman sosial Instagram pada 21 Februari lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa menghubungi individu yang dikenali sebagai Ashley Ng yang mendakwa sebagai wakil kepada syarikat terbabit.

"Suspek kemudian diminta mangsa supaya membuat pembayaran mengikut tugasan yang diberikan dan menjanjikan pulangan semula bayaran berserta komisyen sebanyak 10 peratus.

"Tergoda dengan komisen yang tinggi itu, mangsa memasukkan wang tunai secara berperingkat ke dalam enam akaun bank suspek yang berbeza dianggarkan berjumlah RM47,125," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Wazir berkata, selepas memindahkan semua wang simpanannya itu, mangsa gagal menghubungi suspek bermula 23 Februari sehingga kini.

"Mangsa berasa dirinya ditipu dan tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun selain sebatan dan denda," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.138191 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list