|
KESAN gelinciran tanah yang menyebabkan tanah runtuh berhampiran Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir. FOTO BERNAMA
Kuala Berang: Kerja pembinaan jambatan sementara ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir yang runtuh pada kejadian banjir 27 Februari lalu, bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ia akan dilaksanakan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan.
"Jambatan sementara sepanjang kira-kira 40 meter itu dibina bagi menghubungkan laluan berkenaan ke Kampung Gaung-Kuala Pueh-Jenagor dan dijangka siap dalam tempoh tiga hari," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media program pasca banjir Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Terengganu di Kampung Bukit Gemuruh dan Kampung Padang Setar di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Perkep Datin Azizah Malisa Ramli.
Katanya, jambatan sementara perlu dibina di kawasan berkenaan untuk kegunaan pekerja keluar masuk ke kawasan SJSM.
Susulan kejadian itu, pekerja di SJSM terpaksa berulang alik menggunakan bot dari Pengkalan Gawi ke Tasik Kenyir sebelum tiba di empangan berkenaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|