View: 497|Reply: 0
|
[Sarawak]
Rumah pekerja di Bayan Tasik terbakar
[Copy link]
|
|
Anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran tersebut awal pagi tadi yang turut memusnahkan sebuah bilik pejabat dan kereta.
MUKAH: Sebuah rumah pekerja di Bayan Tasik, Jalan Muka-Balingian, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.26 pagi.
"Kebakaran melibatkan sebuah asrama pekerja struktur tidak kekal yang dihuni empat pekerja.
"Insiden kebakaran tersebut juga turut melibatkan sebuah kereta dan juga bilik pejabat yang musnah 100 peratus," katanya.
Seramai enam anggota serta sebuah jentera pemadam dan kenderaan pacuan empat roda digegaskan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
Pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan satu aliran melalui salur bantu mula dari jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Kebakaran tiada melibatkan mangsa.
Operasi tamat pada jam 3.50 pagi.
oleh Andy Sabang
credit


|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|