View: 439|Reply: 0
|
[Sarawak]
Kempen derma darah anjuran Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Keningau berlangsung dengan jayanya
[Copy link]
|
|

KENINGAU: Seramai 42 orang termasuk beberapa ahli Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Keningau menyertai kempen derma darah yang diadakan di Bataras Hypermarket dekat sini, baru-baru ini.
Kempen derma darah yang diadakan setiap tiga bulan itu merupakan anjuran Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Keningau dengan kerjasama Unit Transfusi Darah, Hospital Keningau itu, bermula dari 10 pagi hingga 1.30 petang.
Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Keningau, Dr. Phon Kit Yin, berkata kempen berkenaan antara langkah bagi mencari penderma.
Ini kerana, katanya ada kalangan masyarakat yang menghadapi kekangan untuk hadir ke hospital.
“Apa yang Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Keningau ini lakukan sekarang adalah satu usaha yang perlu dicontohi oleh badan-badan NGO yang lainnya dengan mengadakan program seperti ini di lokasi tumpuan ramai untuk mencari penderma khususnya di Keningau ini.
“Apatah lagi penularan COVID-19 menyebabkan ada masyarakat yang khuatir untuk datang ke hospital kerana bimbang dengan pelbagai risiko di tempat awam terutama pesakit,” katanya.
Dalam pada itu, saudara Rahmat Masduki (gambar) selaku Pengerusi Penganjur dan juga Timbalan Pengerusi Pasukan Pengakap Kelana A Daerah Keningau berkata, kempen itu turut bertujuan membantu Hospital Keningau meningkatkan bekalan darah bagi pesakit yang memerlukan bantuan.
Kakitangan Pejabat UPPM Liawan, Hairul Ahmad Syam (gambar), berkata beliau kerap menderma darah kerana menganggapnya satu ibadah khususnya dapat membantu mereka yang memerlukan dan wajar disokong oleh majikan, sama ada membabitkan agensi kerajaan atau swasta.
“Kempen derma darah perlu diperluaskan, antaranya semaikan dalam jiwa masyarakat kerana ia juga antara cabang ibadah yang digalakkan dalam agama.
“Usaha Kelana A Keningau dan Jabatan Transfusi Darah, Hospital Keningau ini wajar dipuji kerana membawa fasiliti derma darah kepada masyarakat.
“Ia perlu diteruskan secara konsisten di semua agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta swasta. Ia secara tidak langsung dapat menggalakkan masyarakat untuk tampil menderma darah, selain melihatnya sebagai tanggungjawab sosial yang murni demi kesejahteraan bersama,” katanya.
Dr. Phon Kit Yin turut memaklumkan sebanyak 36 pain darah berjaya dikumpulkan pada program kali ini dan meminta agensi atau individu perseorangan yang ingin bekerjasama melaksanakan tempahan kempen derma darah di lokasi sekitar Keningau boleh menghubungi Aina Liman di talian 013-8912885.
oleh
Kenneddy Corlleus
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|