CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Terengganu] Bincang dengan JKR lantik kontraktor yang sesuai

[Copy link]
Post time 17-3-2022 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Nerus: Kerajaan negeri sedang mengenal pasti kontraktor bersesuaian bagi membaik pulih jambatan menghubungkan Kampung Belukar Bukit dan Kampung Betong di Hulu Terengganu yang terputus akibat bencana banjir pada 27 Februari lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira pandangan hasil perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"(Mengenai baik pulih) jambatan (Kampung) Belukar Bukit, kita menerima pandangan JKR bahawa perlu dibuat jambatan yang sempurna di tempat itu (dan) bukan jambatan bailey.

"Kalau buat jambatan bailey pun, jambatan yang sempurna kena buat juga. Kita sedang berbincang dengan pihak JKR untuk melantik kontraktor yang sesuai yang boleh buat projek itu dengan kos yang munasabah.

"Hari ini, saya berkomunikasi dengan Pengerusi Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu Dr Mamad Puteh untuk teruskan dengan cadangan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri masih menunggu laporan daripada agensi berkaitan berhubung jumlah mangsa yang terkesan akibat banjir, baru-baru ini.

Menurutnya, data sedang dikumpulkan di peringkat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang berurusan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pegawai daerah masing-masing.

"Ada lebih 7,000 ketua isi rumah (KIR) yang terkesan , jadi makan masa untuk audit (dan sekarang ini), masih dalam proses mendapatkan maklumat," katanya.


Ahmad Samsuri (tiga kiri) diringi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak (kanan) melakuan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Pangsa Mampu Milik di Kampung Banggol Pauh. FOTO GHAZALI KORI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050229 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list