CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Terengganu] Lagi laporan polis terhadap Kak Long Dungun

[Copy link]
Post time 17-3-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN ahli POKUAT memegang poster bantahan selepas membuat laporan polis terhadap Kak Long Dungun. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Berang melihat tindak-tanduk Wan Noor Baizura atau dikenali sebagai Kak Long Dungun, seolah mengejek Orang Kurang Upaya (OKU) melalui video yang tersebar di laman sosial, Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) membuat satu laporan polis semalam.

Presidennya, Fakhruddin Zakaria berkata, laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu jam 9.58 pagi semalam selepas dia menerima beberapa hantaran video melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, video berkenaan memperlihatkan wanita terbabit melakukan penghinaan terhadap golongan OKU dengan mempamerkan aksi pergerakan badan dan mimik muka keterlaluan.

Katanya, laporan polis dibuat bagi memberi kesedaran kepada wanita itu bahawa perlakuannya yang mengajuk dan mempersendakan OKU adalah amat keterlaluan dan mengguris hati mereka secara keseluruhannya.

"Tindakan wanita terbabit yang tidak sensitif terhadap perasaan OKU mengakibatkan timbulnya rasa marah apabila kami dihina oleh seseorang yang semata-mata ingin meningkatkan popularitinya di media sosial.

"Kami menggesa kerajaan supaya segera menggubal atau mewujudkan akta yang membolehkan mana-mana individu atau pihak yang menghina golongan OKU dalam apa bentuk sekalipun dikenakan tindakan undang-undang," katanya di sini semalam.

Menurutnya, pihaknya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyekat akaun sosial media wanita berkenaan.

Katanya, tindakan wanita terbabit meminta maaf selepas membuat satu-satu video dan kemudiannya menerima kecaman adalah tidak wajar.

"Apabila salah mohon maaf dan kemudian ulangi lagi dan perbuatan seperti ini amat tidak bersesuaian melainkan wanita terbabit dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 31 saat memaparkan Kak Long Dungun menunjukkan mimik muka serta perwatakan seperti OKU tular di media sosial, sejak beberapa hari lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.373601 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list