CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Kelantan] Adegan 'soft porn' bercanggah dengan budaya timur

[Copy link]
Post time 21-3-2022 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Adegan 'soft porn' dalam sesebuah drama atau filem Malaysia tidak wajar diselitkan meskipun ada penggiat seni yang berhasrat untuk membawa karyanya ke peringkat universal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, dengan Islam sebagai agama rasmi di negara ini, sudah tentu adegan sedemikian bercanggah dengan budaya ketimuran yang diamalkan.

"Dari sudut panduan agama, budaya itu (soft porn) tidak sepatutnya dibawa walau filem kita nak 'universalize' tapi ia tidak sesuai untuk peringkat kita kerana budaya ketimuran dan majoriti terdiri daripada masyarakat Islam.

"Ia tidak sepatutnya berlaku dan saya harapkan penerbit, pengarah dan pemain industri akan berwaspada dengan sensitiviti," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video yang dimuat naik oleh seorang pelakon tempatan di laman sosial Instagramnya yang memaparkan babak panas dipercayai adegan dalam sebuah drama yang belum disiarkan.


Susulan itu juga, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dalam satu kenyataan media semalam turut menjelaskan, adegan yang dipaparkan dalam drama itu tidak sesuai disiarkan malah tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen televisyen itu

Ahmad Marzuk berkata, bagaimanapun tindakan selanjutnya terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan ia perlu dibangkitkan supaya ada garis panduan dan penyelesaian disebabkan sudah menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

"Apabila melihat ada sambutan, mungkin yang lain akan mengikut dan ini menjadi keresahan masyarakat.

"Tapi syukur Alhamdulillah, masyarakat Malaysia sangat sensitif dan bermakna kita masih ada kekuatan iman, tak boleh terima kalau pelakon Melayu berbuat sedemikian.

"Sama ada ia (drama) disiarkan dalam bulan Ramadan atau bukan, ia tidak sepatutnya timbul kerana kita sudah ada garis panduan bahawa 'soft porn' tidak dibolehkan dalam penyiaran kita," katanya.

Terdahulu, beliau hadir dalam majlis Kejohanan Muay Thai Kebangsaan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.048709 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list