CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Sarawak] Guna laluan alternatif elak kesesakan Jalan Igan

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:50 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Orang ramai yang melalui pasar Sungai Merah dinasihati menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas berikutan kerja-kerja menaik taraf Jalan Igan yang sedang dijalankan.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting berkata, selekoh kiri bahagian pasar Sungai Merah menghala ke Jalan Igan (seterusnya ke Jalan Ding Lik Kong) ditutup kepada lalu lintas untuk kerja menaik taraf longkang.

"Laluan ini akan ditutup selama dua minggu dan akan dibuka semula selepas 5 April 2022.

"Bagi kenderaan yang menghala ke Jalan Ding Lik Kong, sila gunakan Persiaran Brooke dan Lorong Sungai Merah 2 untuk lalu lintas yang lebih lancar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau aliran trafik di persimpangan lampu isyarat Sungai Merah di sini, petang semalam.

Ting menjelaskan bahawa kenderaan masih boleh masuk ke Jalan Igan kerana hanya belok kiri bahagian jalan menuju ke Jalan Igan yang ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf sistem saliran.

"Seperti yang saya katakan, gunakan Lorong Sungai Merah 2 untuk menuju ke Jalan Igan dan seterusnya ke Jalan Ding Lik Kong jika anda tidak berkunjung ke pasar Sungai Merah.

"Atau anda boleh menggunakan Brooke Drive dan menuju ke Jalan Wawasan untuk pergi ke Jalan Ding Lik Kong," jelasnya mengenai laluan alternatif.

Ting berkata sebaik laluan itu dibuka semula, selepas 5 April, bahagian di persimpangan lampu isyarat Sungai Merah akan ditutup selama sebulan untuk kerja-kerja menaik taraf saliran.

"Kami berharap orang ramai bersabar sepanjang kerja-kerja naik taraf ini dijalankan. Pihak kontraktor sedang berusaha menyiapkan kerja-kerja tersebut secepat mungkin.

"Kami cuba memperbaiki keadaan," katanya.

Mengenai kerja-kerja menaik taraf untuk menjadikan Jalan Igan kepada empat lorong, ini dijangka siap sekitar Jun, katanya.

Sementara itu, dengan pembukaan semula sekolah Isnin ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya dan Trafik MPS Kaunselor Ting Hua Sing, berkata kontraktor terbabit akan mengambil beberapa pengawal trafik untuk membantu melancarkan aliran trafik.

oleh
Borhaniza Ali Basah
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.036875 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list