CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 0

[Sarawak] Ahli politik jangan berpolitik sahaja

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:56 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pemimpin-pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.4 Pantai Damai disaran agar tidak ‘membataskan’ penglibatan diri hanya untuk agenda politik semata-mata.

Naib Presiden PBB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, lazimnya masyarakat beranggapan ahli dan pemimpin PBB sebagai eksklusif dalam bidang politik sahaja.

Bagaimanapun katanya, persepsi itu tidak harus menghalang mereka daripada bergiat aktif dalam aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain melibatkan masyarakat.

“Justeru, saya sarankan semua walaupun kita dikategorikan orang yang berpolitik di kampung atau taman perumahan, jangan kita hanya dianggap sebagai eksklusif dalam bidang politik sahaja.

“Sebaliknya kita perlu melibatkan diri dalam semua aspek kehidupan yang ada di kampung kita,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Perwakilan PBB Cawangan N.4 Pantai Damai Sesi 2022-2025 di sini, semalam.

Misalnya kata beliau, jawatankuasa di peringkat cawangan dan ranting PBB harus sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan apa jua program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

“Usaha sebegini bukan sahaja dapat meengeratkan silaturahim bahkan paling penting dapat memeriahkan aktiviti yang kita laksanakan.  

“Dengan ini, barulah PBB sentiasa berada dalam keadaan tidak eksklusif dan dilihat aktif serta
relevan dengan kehendak masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Dr Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) berkata, proses pemindahan penduduk di beberapa kampung di Seberang Hilir, Petra Jaya ke Perumahan Darul Hana dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun ini.

Katanya, pemindahan akan melibatkan seramai 2,640 ketua isi rumah di 13 kampung bermula di Kampung Boyan hingga Kampung Bintawa Batu.

Terdahulu, seramai 332 perwakilan daripada 35 ranting PBB Pantai Damai menghadiri mesyuarat agung itu yang berlangsung selama sehari.

Hadir sama Timbalan Ketua PBB Cawangan N.4 Pantai Damai Drahman Jaladin, Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.4 Pantai Damai Dayang Nora Awang Saibuddin dan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.4 Pantai Damai Saberki Jen.

oleh
Marlinda Marzuki
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.032638 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list