CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Sarawak] COVID-19: 813 kes baharu, tiga kematian

[Copy link]
Post time 21-3-2022 06:02 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak kekal merekodkan jumlah jangkitan tiga angka apabila merekodkan 813 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 288,660 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitahu, daripada jumlah itu, Kuching masih merekodkan angka tertinggi iaitu 277 kes.

"Ini diikuti Miri sebanyak 128 kes, Bintulu (72), Sibu (61), Kota Samarahan (42), Limbang (36), Sarikei (33), Serian (26), Bau (17), Saratok (14), Mukah (13), Tanjung Manis (12) manakala Sri Aman dan Dalat masing-masing (10).

"Selain itu, lapan kes direkodkan di Meradong, Betong (tujuh), Lawas (enam), Asajaya (lima), Kabong (empat), Tebedu, Simunjan, Pusa, Lundu, Marudi, Subis dan Telang Usan masing-masing (tiga), Daro, Beluru dan Kanowit masing-masing (dua) manakala Lubok Antu, Pakan, Kapit, Matu dan Selangau masing-masing (satu)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JPBNS berkata, daripada jumlah tersebut 285 kes melibatkan kategori satu (tiada gejala) manakala 520 kes melibatkan kategori dua (gejala ringan).

"Sebanyak dua kes pula ialah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) manakala enam kes melibatkan kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator)," katanya.

Sementara itu, jelasnya terdapat tiga kes kematian direkodkan hari ini melibatkan golongan wanita iaitu satu kes di Sarikei manakala dua kes di Kota Samarahan.

"Satu kes di Sarikei melibatkan wanita berumur 57 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit iaitu darah tinggi, kencing manis penyakit buah pinggang kronik dan penyakit jantung.

"Dua kes kematian di Kota Samarahan pula berumur 71 dan 86 yang juga mempunyai latar belakang penyakit ," jelasnya.

Berhubung notis kompaun, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) telah mengeluarkan 22 kompaun atas pelbagai kesalahan.

"Daripada jumlah itu, satu kompaun masing-masing dikeluarkan di daerah Simunjan dan Kota Samarahan manakala 20 kompaun dikeluarkan di Serian.

"Sebanyak 21 kompaun dikeluarkan kerana gagal mendaftar masuk premis manakala satu kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis kerana gagal mengehadkan bilangan pelanggan," katanya.


credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036048 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list