CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Sarawak] Pasar raya terbakar Sabtu lalu terbakar lagi hari ini

[Copy link]
Post time 21-3-2022 06:04 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Sebuah pasar raya di Jalan Sebiew yang terbakar tiga hari lepas, terbakar lagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran tersebut yang berlaku jam 8.06 pagi.

Sejurus itu katanya, 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan dua jentera bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan tingkat tiga pasar raya terbabit," ujarnya.

Pada awal pagi Sabtu lalu, kebakaran telah memusnahkan tingkat bawah dan tingkat satu bangunan pasar raya terbabit.

Pasukan bomba katanya, mengambil masa hampir tiga jam bagi memadam kebakaran sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya jam 11.08 pagi.

"Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa," tambah beliau.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.034321 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list