CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

[Sarawak] Penubuhan PEWARIS dibincang pada TDC PRS

[Copy link]
Post time 21-3-2022 06:08 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Cadangan penubuhan sayap baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dikenali sebagai PEWARIS akan dikemukakan kepada Majlis Tertinggi parti sebelum dibincangkan pada Persidangan Delegasi Tiga Tahun Sekali (TDC) di Sibu pada 24 April depan.

Kenyataan akhbar dikeluarkan Unit Media PRS hari ini menyatakan bahawa cadangan penubuhan PEWARIS telah dikemukakan dan dipersetujui dalam Makmal PEWARIS PRS yang diadakan baru-baru ini.

Makmal yang berlangsung sehari itu dihadiri 100 peserta terdiri daripada ahli parti dari setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen PRS, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia yang berusia 18 hingga 28 tahun.

Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan, Ketua Wanita PRS Datuk Seri Doris Sophia Brodie, ADUN Baleh Nicholas Kudi, ADUN Ngemah Anyi Jana, Senator Rita Sarimah Patrick Insol, Wali Kota Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Sempurai Petrus Ngelai dan Setiausaha Politik Premier Sarawak Charles Chad Nissom turut hadir.

Menurut Pengerusi Makmal PEWARIS PRS Richard Kudi, peserta mahu sayap baharu itu sebahagian daripada perlembagaan parti.

Sementara itu, Doris dalam ucapannya pada majlis perasmian makmal itu, berkata: "Majlis Tertinggi PRS semasa mesyuarat membincangkan pentingnya rakyat dari usia 18 hingga 28 tahun dan perkara ini perlukan pendekatan holistik, lebih fokus sebab itulah makmal ini dianjurkan."

Beliau menambah, PRS yang ditubuhkan 18 tahun lalu sangat inklusif kerana mereka yang berumur 18 tahun juga boleh menjadi ahli ketika itu.

Setiausaha Makmal PEWARIS PRS Daniel Batin pula berkata penganjuran program berkenaan bertujuan menyediakan laluan rundingan dan perkongsian idea dalam kalangan belia daripada aspek pemikiran politik memandangkan mereka bakal menjadi pemimpin parti generasi seterusnya.

"Belia dari pedalaman mahu merasai pengalaman dirasai belia di bandar, begitu juga sebaliknya.

“Pendek kata, makmal ini juga cara menghimpunkan belia dari seluruh Sarawak supaya mereka dapat bertukar pengalaman antara satu sama lain," kata Roy Ging Koi, salah seorang penganjur makmal itu.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.069904 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list