CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 0

[Sarawak] TGM PBB di Kuching, 16-19 Jun 2022

[Copy link]
Post time 21-3-2022 06:09 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mengadakan Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) di bandar raya ini mulai 16 hingga 19 Jun 2022.

Naib Presiden PBB Datuk Julaihi Narawi berkata, persidangan selama empat hari itu dijadualkan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mendedahkan jumlah perwakilan yang akan menghadiri TGM itu ekoran tiada maklumat lanjut mengenainya.

“Butiran lanjut termasuk jumlah perwakilan yang akan menyertai TGM PBB ini akan dimaklumkan nanti, kerana kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi membendung penularan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada sidang akhbar mengenai Persidangan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak 2022 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi itu memberitahu, PBB mempunyai 82 cawangan di seluruh Sarawak.

Ditanya sama ada akan ada proses pemilihan jawatankuasa pada TGM itu, Julaihi berkata, perkara itu akan ditentukan kemudian.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah semasa mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Wanita PBB pada 5 Februari lalu berkata, TGM PBB akan diadakan pada Jun tahun ini.

Serentak dengan itu katanya, mesyuarat bagi sayap Wanita dan Pemuda peringkat negeri berlangsung pada hari pertama perhimpunan.

“Oleh itu, kita mahu mengingatkan ketua wanita di peringkat ranting dan cawangan mengenai tarikh penting berkenaan Perhimpunan Agung Tritahunan PBB Ke-15 ini.

“Selain turut mengingatkan mereka untuk mengadakan semua mesyuarat yang perlu diselesaikan pada atau sebelum 15 Mei,” katanya.


oleh
Marlinda Mardzuki
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.107808 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list