View: 827|Reply: 3
|
[Borneo]
[ informasi ] MySejahtera Dikemaskini Dengan Fungsi ‘Sah’ (Blue Tick Verified)
[Copy link]
|
|

Ramai telah berkongsi di media sosial bahawa MySejahtera mereka telah dikemaskini dengan fungsi ‘Sahkan Segera’ atau ‘Verify Now’ untuk mendapatkan status ‘Sah’ atau ‘Verified’.
Status seperti ini yang biasanya terdapat di media sosial seperti Facebook dan Twitter, kini boleh didapati di MySejahtra dengan mengesahkan makluman diri anda.

Kenapa Perlu Sahkan Akaun MySejahtera?
Adalah penting untuk mengesahkan akaun MySejahtera anda dan tanggungan.
Menurut sumber dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, proses ini penting untuk memastikan aplikasi anda dapat berfungsi sepenuhnya untuk proses seperti berikut:
kemaskini status
terima HSO
terima HAT
laporkan keputusan ujian
laporkan kontak rapat
temujanji vaksin
sijil vaksin
Akaun yang telah disahkan (verified) memastikan ciri yang ada di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya.
Contohnya, ada yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera kerana belum mengesahkan akaun mereka.
Jom semak akaun anda sudah disahkan atau belum. Jika belum, sila sahkan segera!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cara Mendapatkan Tanda ‘Sah’ / ‘Verified’ Di MySejahtera
Langkah 1 :
Pastikan anda mengemas kini kepada MySejahtera versi 1.1.8 dan ke atas.
Anda tidak perlu uninstall aplikasi MySejahtera. Sebaliknya, hanya pergi ke Google Play Store / Apple App Store / HUAWEI AppGallery dan klik pada pilihan Kemas Kini.
Langkah 2 :
Dalam skrin Daftar Masuk, anda akan melihat butang Sahkan Segera berwarna merah.
Klik pada butang tersebut.
Langkah 3 :
Dalam halaman Pengesahan, semak untuk memastikan butiran ini tepat :
Nama : Sila masukkan nama penuh anda, pastikan ia sepadan dengan MyKad atau pasport anda. Ini termasuk Bin, Binti, A/P atau A/L seperti yang diperlukan.
No. Kad Pengenalan/Pasport : Semak nombor MyKad atau pasport yang anda telah daftarkan di bawah akaun MySejahtera ini.
ID MySJ : Semak nombor telefon / alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar akaun MySejahtera ini.
Langkah 4 : Klik pada pilihan Edit untuk membuat perubahan yang diperlukan.
Langkah 5 :
Setelah anda selesai, klik Sahkan untuk menghantar butiran anda kepada pasukan MySejahtera.

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
abang dah ada tanda verified lom...? 
FC ada dah ... tapi ... booster tak termasuk ... 
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|