CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 0

[Borneo] Pastikan kanak-kanak divaksin, elak komplikasi MIS-C

[Copy link]
Post time 23-3-2022 07:13 AM | Show all posts |Read mode


Ibu bapa diminta agar memastikan anak-anak mereka divaksin bagi mengelakkan komplikasi serius akibat COVID-19 seperti Sindrom Keradangan Multisistem Dalam Kanak-Kanak (MIS-C).

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) Datuk Dr Anas Alam Faizli dalam kenyataan hari ini berkata kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak telah meningkat dengan mendadak termasuk kondisi yang serius dan kematian.

“Kami bimbang tentang MIS-C dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, kami merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak anda dilindungi daripada virus COVID-19. Tolong lindungi anak-anak kita, keluarga kita dan dengan melakukan ini kita akan melindungi semua orang,” katanya.

Dr Anas turut menggesa supaya lebih ramai pakar kanak-kanak menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) untuk membantu dan bekerjasama dengan ProtectHealth dalam melaksanakan program tersebut secara maksimum.

“Terkini, lebih 900 pengamal perubatan am (GP) dan empat klinik pakar kanak-kanak terlibat dalam program PICKids,” katanya.

Seramai 1,267,491 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun, atau 35.7 peratus daripada populasi kumpulan itu dalam negara ini, telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di bawah PICKids setakat semalam.

-- BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.065573 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list