CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 514|Reply: 0

[Sarawak] 100 paket minuman ‘mangga dadah’ dirampas

[Copy link]
Post time 23-3-2022 09:17 PM | Show all posts |Read mode


MIRI, 23 Mac : Taktik seorang pengedar dadah mengisi bahan terlarang itu dalam paket minuman buah – buahan untuk mengaburi mata pihak berkuasa tidak berhasil apabila dia ditahan polis dalam satu serbuan malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan dalam sebuah bilik hotel di Jalan Sim Cheng Kay di sini pada pukul 8.30 malam tadi.

Katanya, nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu mencecah RM60 000.

“Hasil serbuan oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri mendapati dadah jenis ketamin dengan anggaran berat 3,200 gram diisi ke dalam paket minuman berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini

Beliau memberitahu, hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – TVS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.034990 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list