CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 2

[Sarawak] Lelaki mahu ‘rampas’ kanak – kanak ditahan

[Copy link]
Post time 23-3-2022 09:20 PM | Show all posts |Read mode


SIBU, 23 Mac : Seorang lelaki yang bertindak di luar kawalan apabila mahu ‘merampas’ seorang kanak – kanak lelaki berusia enam tahun yang berada dalam sebuah kereta bersama ibunya berjaya ditahan oleh orang awam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, kejadian itu berlaku di hadapan sebuah bank di Jalan Mission pada pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, pengadu yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 28 tahun ketika itu bersama anak lelakinya dan seorang anak buah berusia 13 bulan sedang menunggu ayahnya yang mempunyai urusan di bank berkenaan.

“Seorang lelaki yang tidak dikenali muncul dan cuba membuka pintu kereta yang berkunci.

“Wanita itu kemudian menurunkan cermin kereta untuk bertanya apa yang dimahukan oleh lelaki itu,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Collin berkata, lelaki itu kemudian bertindak agresif apabila meletakkan kakinya di atas bonet kereta.

Situasi cemas itu menyebabkan pengadu terus menghubungi ayahnya yang kemudian bergegas keluar dari bank dan bertanya sebab suspek bertindak sedemikian.

“Lelaki itu memberitahu dia mahukan anak pengadu sambil cuba membuka pintu kereta itu,” katanya.

Menyedari situasi semakin tegang, ayah pengadu telah meminta pertolongan daripada pengawal keselamatan dan kakitangan bank menyebabkan suspek cuba melarikan diri.

“Suspek yang berusia 31 tahun berjaya ditahan dan diserahkan kepada anggota dari Balai Polis sentral Sibu,” katanya.

Beliau memberitahu, berdasarkan semakan, lelaki itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah direman selama tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -TVS



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 09:32 PM | Show all posts
dah kena dadah fikiran pon x betul dah ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 12:10 PM | Show all posts
Eloklah pun di tangkap.
Kalau bebas menyusahkan dan membahayakan hidup orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.037538 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list