CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 538|Reply: 2

[Sabah] Sabah terus rekod penurunan kes baharu, tiada lagi daerah catat kes tiga angka

[Copy link]
Post time 23-3-2022 09:28 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Sabah terus mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu dibawah paras 400 kepada 388 kes dengan penyusutan sebanyak 14 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata ibu negeri yang sebelum ini mencatatkan 119 kes menurun kepada 91 kes diikuti Penampang 50 dan Tuaran 28 kes.

“Sebanyak 14 daerah mencatatkan kes baharu dua angka, 12 daerah merekodkan kes satu angka manakala Semporna adalah satu-satunya daerah yang tidak mencatatkan sebarang  kes baharu.

“Berdasarkan penilaian harian, peratusan jangkitan sporadik menyusut sedikit bagaimanapun masih di tahap yang tinggi pada kadar 55.15 peratus daripada semua kes yang dilaporkan.

“Jangkitan sporadik juga adalah kategori utama perebakan virus COVID-19 yang dicatatkan di 19 daripada 27 daerah di Sabah,” katanya.

Masidi berkata sebanyak 386 atau 99.48 peratus daripada 388 kes terbabit adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiada kes dilaporkan dalam Kategori 3 dan 5 , manakala hanya dua kes dalam Kategori 4.

oleh Vivi Olviana Najurus
credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 08:34 AM | Show all posts
terbaik sabah bah, apa rahsia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2022 10:23 PM | Show all posts
manehnya replied at 24-3-2022 12:34 AM
terbaik sabah bah, apa rahsia

jangan buat keramaian jer
swk hari tu baru lepas mengundi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.035503 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list