
MUKAH: Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh warga emas pada Isnin di Jalan Mukah-Selangau.
Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, mangsa lelaki berusia 47 tahun dikenali sebagai Stapa Kunsil, berasal dari Ulu Sikat, Mukah meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.
“Dalam kejadian sekitar 7.30 malam itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,’ katanya dalam satu kenyataan.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu seorang warga emas dari arah Selangau ke Mukah secara tiba-tiba melanggar pejalan kaki yang sedang melintas jalan,
Jelasnya lagi, pemandu terbabit berusia 68 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Selangau.
Dia ditahan di bawah Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.
sarawakvoice.com/2022/03/23 |