CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 0

[Sarawak] Mayat wanita ditemui terapung di sungai

[Copy link]
Post time 25-3-2022 08:10 AM | Show all posts |Read mode


Kakitangan perubatan mengusung mayat wanita yang ditemui di Sungai Kanowit.

KANOWIT: Mayat seorang wanita yang lengkap berpakaian ditemui terapung di Sungai Kanowit dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu jam 12.30 tengah hari.

Beliau berkata, wanita itu dikenali sebagai Chundai Skudan berusia 41 tahun ditemui oleh orang awam yang berada di Jeti Shell Kanowit sebelum ia hanyut sehingga berhampiran Kampung Hilir, Kanowit.

"Nasib baik sebuah bot penumpang membantu menarik mayat itu ke tebing sebelum pasukan bomba menggunakan sebuah bot untuk mengambil mayat tersebut.

Ujar Tega, mayat kemudian dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kanowit sebelum ahli keluarga mangsa dimaklumkan untuk membuat pengesahan.

Katanya, ayah mangsa, Skudan Iyon telah mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah anaknya semasa pengecaman kemudian.

"Pengesahan kematian oleh pegawai perubatan Hospital Kanowit telah dilakukan jam 1.49 petang dan hasil siasatan dan pemeriksaan 'body view' yang dibuat menunjukkan tiada kesan unsur jenayah pada tubuh si mati," jelasnya.

Menurutnya lagi, bapa si mati memberitahu bahawa anaknya mempunyai sejarah penyakit sawan dan pernah mengalami masalah gangguan mental serta masih menerima rawatan di Hospital Kanowit sebelum ini.

"Ahli keluarga mangsa juga tidak mengetahui keberadaaan si mati sehari sebelum kejadian," katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.036491 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list