CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 457|Reply: 0

[Sarawak] Penumpang domestik dari Semenanjung, Sabah tiba di Sarawak tidak lagi tertakluk SOP mulai 1 April

[Copy link]
Post time 25-3-2022 11:44 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Penumpang domestik dari Semenanjung dan Sabah yang tiba di Sarawak tidak lagi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) mulai 1 April 2022.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia selaras dengan pelaksanaan fasa peralihan ke endemik di seluruh negara.

Beliau juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ketetapan itu adalah untuk ketibaan domestik dari Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu.

"Namun bagi penerbangan antarabangsa, penumpang masih perlu melakukan beberapa perkara termasuk perlu mendaftar dalam MySejahtera.

"Mereka dibahagikan kepada dua kategori iaitu penumpang dari Singapura yang datang ke Sarawak, mereka bukan sahaja perlu mendaftar dalam MySejahtera, tetapi juga melakukan ujian COVID-19 (dua hari sebelum ketibaan), namun tidak perlu melakukan ujian COVID-19 sebaik tiba di lapangan terbang di sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan operasi persediaan penerimaan pelawat antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), hari ini.


Uggah mendengar taklimat persediaan LTAK untukmenerima penumpang antarabangsa mulai 1 April nanti semasa lawatan hari ini. - Gambar UKAS

Menurut Uggah, bagi kategori kedua iaitu penumpang antarabangsa yang melakukan transit di Sarawak, mereka perlu mendaftar dalam MySejahtera dan perlu melakukan ujian COVID-19 dalam tempoh dua hari sebelum ketibaan.

Katanya, bagi kumpulan ini, mereka masih perlu melakukan ujian saringan COVID-19 sebaik sahaja tiba di negeri ini.

"Kita telah dimaklumkan ujian saringan ini menggunakan Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) yang akan mendapat keputusan segera.

"Mereka yang negatif akan dibenar (meneruskan perjalanan) dan sebaliknya yang positif terdapat SOP tertentu perlu mereka lakukan lagi," tegasnya.

Sementara itu, mengenai sempadan darat, Uggah berkata, Sarawak kini dalam perbincangan bersama dua negara iaitu Indonesia dan Brunei mengenai SOP  pembukaan sempadan antara kedua-dua negara dan Sarawak.

Beliau berharap kedua-dua negara akan memberi keputusan secepat mungkin bagi membolehkan sempadan negara dapat dibuka nanti.

"Ini kerana matlamatnya adalah kita mahu kegiatan ekonomi kita pulih dengan perlahan, yang merupakan sebahagian daripada fasa peralihan ke endemik negara.

"Malahan kita berharap dengan peralihan ini ia dapat mengembalikan kehidupan masyarakat kita kembali kepada normal nanti," katanya.

Terdahulu, Uggah turut menerima taklimat persediaan LTAK daripada Pengurus Kanan Lapangan Terbang, Jun Iskandar Murshidi.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rosemawati Ariffin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ik Pahon.


utusanborneo.com.my/2022/03/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.160775 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list