CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 495|Reply: 0

[Sarawak] Kemenangan bukti langkah Sarawak diiktiraf

[Copy link]
Post time 26-3-2022 12:28 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kejayaan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) meraih tempat pertama Anugerah Inovasi Ekonomi Digital 10+3 (ASEAN + China, Jepun dan Republik Korea Selatan) memberi suntikan semangat kepada pihak berkepentingan untuk menjadi negeri Sarawak maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

SMA meraih anugerah itu menerusi penyertaan Sistem Operasi Bandar Pintar Sarawak sekali gus membuktikan negeri ini komited ke arah visinya mewujudkan bandar pintar.

Menurut Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak, anugerah berprestij itu telah mengiktiraf pelbagai usaha yang dilakukan Sarawak untuk memperkasa ekonomi digitalnya.

“Anugerah itu menggambarkan bahawa langkah yang telah kita ambil selama ini berada di landasan yang tepat demi masa depan Sarawak yang cerah.

“Selain itu, ia juga membantu untuk menangani keraguan berhubung kemampuan Sarawak bergerak ke hadapan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian  selepas  kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Zaidi bersama-sama delegasinya hadir bagi menyerahkan anugerah yang dimenangi pada 8 Disember tahun lepas ketika Forum Inovasi Ekonomi Digital 10+3 (ASEAN + China, Jepun dan Korea Selatan) berlangsung di Yunnan, China kepada Abang Johari.

Pertandingan itu melibatkan lebih 200 penyertaan dari 26 finalis negara ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan termasuk MYEG Services Berhad dan Tencent Cloud Computing (Beijing) Co Ltd.


sarawakvoice.com/2022/03/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.033673 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list