CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

[Kelantan] Unit Berkuda FRU dimantapkan bagi kawal sempadan

[Copy link]
Post time 27-3-2022 03:22 PM | Show all posts |Read mode

60 ekor kuda bakal memantapkan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terutama dalam mengawal kawasan sempadan negara. FOTO BERNAMA

Kota Bharu: Sebanyak 60 ekor kuda bakal memantapkan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terutama dalam mengawal kawasan sempadan negara selepas pintu antarabangsa dibuka pada 1 April ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, sebelum ini unit berkenaan mempunyai 40 ekor kuda, namun ia ditambah kepada jumlah keseluruhan 100 ekor selepas melihat keberkesanan Unit Berkuda dalam mengawal keselamatan setempat.

Menurutnya, kebenaran membawa masuk kuda berkenaan sudah diluluskan dan kesemua haiwan berkenaan kini ditempatkan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, sebelum diguna untuk tujuan rondaan di darat.

"Pihak keselamatan terutama Pasukan Gerakan Am (PGA) sentiasa bersiap sedia jika sempadan negara dibuka selain turut merangka penyelarasan baharu sebagai persediaan jika berlaku sesuatu tidak diingini.

"Setakat ini, masih belum ada penambahan anggota dilakukan untuk menjaga sempadan negara kerana keanggotaan sedia ada mencukupi selain PGA turut dibantu agensi keselamatan lain.

"Selain itu, kita juga menggunakan inisiatif lain seperti penggunaan dron agar kawalan menyeluruh sama ada di darat, udara atau air dapat dilakukan," katanya.



HAZANI (tiga dari kiri) ketika merasmikan Majlis Perjumpaan Semula Bekas Anggota Batalion 11 Pasukan Polis Hutan di Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa. FOTO Syaherah Mustafa

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Semula Bekas Anggota Batalion 11 Pasukan Polis Hutan di Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Hadir sama, Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Hasan Basri Ahmad Safar dan Pegawai Pemerintah Batalion 8 (PGA8) Superintendan Mat Shukor Yusof,

Hazani berkata, isu penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati) di kawasan sempadan masih berlaku, sama ada ketika negara dalam tempoh pandemik mahupun endemik.

"Justeru, pihak keselamatan akan menjalankan pelbagai strategi dalam menangani isu berkenaan selain memperketatkan kawalan sempadan serta memberi fokus kepada kawasan 'hotspot' yang menjadi tumpuan penyeludup bagi kemasukan Pati.

"Selain itu, pihak kami juga dalam perancangan mewujudkan Unit Anjing Pengesan (K9) yang akan digunakan untuk sebarang operasi serbuan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.424435 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list