Edited by Vellfire at 27-3-2022 07:36 AM


COVID-19: Sarawak rekod 980 kes baharu, tiga kematian
KUCHING: Bilangan kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini menurun kepada 980, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negeri ini kini sebanyak 293, 839.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu 284 kes adalah kategori satu.
Manakala 689 kes adalah kategori dua, satu kes kategori tiga, dua kes kategori empat dan empat kes kategori lima.
Kuching merekodkan kes harian tertinggi (355) diikuti Bintulu (116), Miri (100), Sibu (82), Samarahan (44), Serian (28), Bau (26), Sarikei (24), Sri Aman (20), Limbang (15), Kanowit (14), Subis (12), Mukah (11) dan Betong (11).
Lain-lain kes direkodkan di Pusa (9), Simunjan (9), Tanjung Manis (9), Meradong (9), Dalat (8), Matu (8), Saratok (7), Asajaya (7), Lubok Antu (7), Lawas (7), Tebedu (6), Lundu (5), Kapit (5), Kabong (5), Selangau (4), Julau (3), Daro (3), Pakan (2), Marudi (2), Song (2), Telang Usan (2), Beluru (1), Tatau (1) dan Sebauh (1).
JPBNS turut memaklumkan terdapat tiga kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada 22 dan 24 Mac.
Dua kes dilaporkan pada 22 Mac melibatkan dua orang lelaki masing-masing berumur 51 dan 57 tahun dari Samarahan dan Kuching.
Kedua-dua kes masing-masing mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Manakala satu lagi kes kematian yang dilaporkan pada 24 Mac melibatkan lelaki berumur 75 tahun dari Mukah.
Kes dilaporkan meninggal di Hospital Bintulu dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik.
utusanborneo.com.my/2022/03/25 |